Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Bukan Rezeki Saya" – Azian Mazwan Sapuwan
Penyanyi Azian Mazwan Sapuan, nama yang sering kali kita dengar ketika konsert Gegar Vaganza 2 (GV2), kini tewas di peringkat separuh akhir pada konsert Ahad yang lalu.
Selepas lapan minggu berada di pentas GV2 ini, nampaknya rezeki tidak berpihak padanya kali ini kerana gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Pada konsert yang lepas, beliau telah mempersembahkan lagu 'Sedalam Mana Cintamu' nyanyian Safura.
ARTIKEL SEBELUM: MENGEJUTKAN! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?
Namun, beliau mengatakan walaupun tidak tercalon sebagai finalist GV2, dia tetap akan meneruskan karier nyanyian dan juga bekerja sebagai pekerja awam.
Bagaimanapun, karier nyanyian itu perlulah mendapat keizinan dari suaminya supaya tanggungjawab terhadap keluarga tidak terabai.
"Bertahan selama 8 minggu dalam pertandingan ini, saya dah raih pelbagai pengalaman yang cukup bermakna bersama dengan semua peserta.
"Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Perasaan tersingkir ini sudah lama saya bersedia setelah 2 minggu berada di bottom 2.
"Jadi, untuk persembahan saya dengan lagu Sedalamn Mana Cintamu, saya dah lakukan sehabis daya agar penonton semua terhibur."
Mengulas tentang anugerah yang diterima beliau baru- baru ini, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangannya dalam kerja-kerja yang telah dilakukan.
"Anugerah ini terbahagi kepada dua, satu untuk wanita dan satu lagi untuk lelaki. Ia juga antara penyuntik semangat untuk diri saya agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang."
"Dengan kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja, peminat dan penonton setia GV2 yang sangat 'supportive'."
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Walaupun beliau tersingkir di peringat separuh akhir, tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarier. Kami ucapkan selamat maju jaya!
4,811 total views, 4,811 views today
No comments:
Post a Comment