Recent Post

Thursday, December 10, 2015

MIC beri peluang 800 cawangan kembali pada parti


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

MIC memberi peluang kepada kira-kira 800 cawangan yang tidak menyertai pemilihan semula pada Julai lalu untuk

mendaftarkan semula keanggotaan mereka dengan parti.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ibu pejabat parti akan mula menghantar borang keanggotaan kepada cawangan berkenaan hujung minggu ini.

"Oleh kerana mereka tidak menyertai pemilihan lepas atas sebab-sebab tertentu, maka kita beri peluang kepada mereka untuk mengaktifkan semula cawangan-cawangan mereka melalui pendaftaran keanggotaan parti.

"Cawangan-cawangan yang terlibat perlu mengisi borang keanggotaan mereka sebelum 19 Disember ini kerana pada tarikh itu kita akan adakan penamaan cawangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam.

Dr Subramaniam berkata pemilihan bagi cawangan-cawangan berkenaan dijadual diadakan seminggu selepas proses penamaan itu.

"Sekiranya tiada pertandingan selepas penamaan, ketua cawangan akan diumumkan sebagai ketua cawangan yang dipilih secara sah dan tidak perlu mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan," katanya.

Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan berkata langkah yang diambil itu bertujuan menyatupadukan anggota akar umbi parti, khususnya cawangan dan mengurangkan perbalahan.

Cawangan MIC terlibat membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam proses penamaan calon dari 10 hingga 12 Julai lalu kerana dilaporkan menyokong kepimpinan bekas presiden Datuk Seri G Palanivel semasa krisis dalaman parti itu.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *