Recent Post

Thursday, December 10, 2015

Tiket Akhir GV2 Sedang Rancak Dijual


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tiket malam akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) sedang rancak dijual kepada penonton yang bakal menyaksikannya pada Ahad ini jam 9 malam di Auditorium MBSA.

Sekitar 60-70 peratus keseluruhan tiket telah dijual lebih-lebih lagi tiket VIP bernilai RM1,000 telah ada pembelinya pada 6 Disember lalu.

Walaupun terdapat rungutan yang mengatakan kononnya tiket GV2 mahal dan keterlaluan namun sambutan serta galakan yang diberikan oleh penonton setianya amat luar biasa.

Kepada yang belum lagi membeli , tiket yang berharga RM200 dan RM250 masih dibuka untuk pembelian secara sendirian mahupun pukal.

Bagi yang duduk luar kawasan lembah Klang, anda boleh saksikan pentas akhir GV2 pada Ahad ini yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) jam 9 malam.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 10 Dis 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *