Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ajak menceritakan yang Yus pernah 'meminjam' wang sebanyak RM5,000 darinya, lima hari sebelum Yus meninggal dunia.
"Pada hari Selasa minggu lepas, Yus ada menghubungi saya dan mahu meminjam wang tersebut. Kata Yus, bayaran untuk sebuah program bersiri belum diterima lagi. Saya tanpa sebarang sangsi, terus meminta nombor akaun Yus dan memindahkan wang ke dalam akaun Yus pada hari Rabu.
"Pada hari Khamis, Yus menghubungi saya semula. Dia menjelaskan yang bayaran untuk program itu sudah diterima dan dia memulangkan duit saya bernilai RM4,500.
"Baki RM500 dia mahu pulangkan ketika bertemu dengan saya sewaktu sesi latihan #JuaraParodi pada Jumaat. Akhirnya, dia memulangkan semua wang saya. Pada Ahad, Yus pergi meninggalkan kita semua.
"Rupa-rupanya, selepas Yus meninggal dunia, baru saya dapat tahu yang bayaran untuk p rogram tersebut belum lagi diterima olehnya," kata Ajak.
Masih terkesan dengan kejadian tersebut, Ajak merasakan yang tindakan yang dibuat oleh Yus adalah kerana mahu menguji persahabatan antara mereka berdua.
"Saya sangat terkesan dengan pemergian Yus. Dia bukan sahaja merupakan seorang sahabat, tetapi Yus juga adalah guru saya. Semenjak kebelakangan ini, saya sering mengadakan persembahan dengan Yus secara berdua.
"Jika ada sebarang persembahan yang melibatkan kumpulan Jambu atau Shiro, kadang-kadang Shahrol dan Tauke tidak dapat memberi komitmen.
"Perkara itu terjadi kerana mereka terikat dengan kerjaya sebagai penyampai radio di Era FM. Jadi, saya dan Yus akan bersama menjayakan persembahan," kata Ajak yang ditemui usai program #JuaraParodi Jumaat lalu.
Untuk minggu kelima, program #JuaraParodi menjadi program mengenang Allahyarham Yus Jambu yang meninggal dunia pada 30 November lalu.
Mengangkat tema Pak Yus Dalam Kenangan, program t ersebut dijayakan oleh semua peserta #JuaraParodi bersama juri tetap dan tetamu undangan seperti Dato' AC Mizal, Sabri Yunus dan kumpulan Rabbani.
#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.
#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.
Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Artikel oleh: Kamaruddin Razal
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 6 Disember 2015.
No comments:
Post a Comment