Recent Post

Friday, December 25, 2015

DatoĆ¢€™ Siti Nurhaliza Dalam Program CITRA WANITA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dimanakah terletaknya kekuatan seorang wanita? Jawapannya disaat dia berada di dalam kesusahan. Berkongsi kekuatan insan bernama wanita, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah bertajuk "Citra Wanita" mengisi slot Seri di TV1.

Ikuti paparan menarik setiap minggu dimana program ini mengundang tetamu istimewa dan berjaya dalam bidang masing-masing yang diyakini mampu memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada wanita lain di luar sana yang berdepan dengan pelbagai cabaran berbeza.

Untitled

Memaparkan segmen ikon wanita, fesyen dan kesihatan, program majalah 13 episod ini menampilkan pengacara Datin Zulaikha Mohamed Yassin. Ia menemui penonton mulai 31 Disember ini, setiap Khamis, pukul 10.05 pagi.

Saksikan kemunculan penggiat teater, Dato' Faridah Merican, Datin Mina Cheah Foong pemilik Perniagaan The Body Shop, Puan Hajah Nurihan pelukis ceramik, Fione Tan selaku usahawan internet, Siti Hanisah Sharuddin seorang pendaki Gunung Everest semasa Ekspedisi Everest Felda 2013, Syarifah Intan seorang jurufoto profesional.

Kongsikan pengalaman berharga mereka chef selebriti iaitu Chef Liza, Puan Alice Yong merupakan Pengasas Miko Gallery, Farah Datuk Sulaiman selaku guru tari, Datuk Paduka Shuhaimi Baba selaku pemilik Pesona Picture, dan Puan Balqis Azimin merupakan pengasas Rumah Nur Salam.

Begitu juga dua ikon yang tidak asing lagi, Datuk Doktor Maznah Hamid, Pengarah Eksekutif Securiforce dan seorang penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza.

Komen via Facebook

Komen

— 126 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *