Recent Post

Friday, December 25, 2015

Pelakon Australia dibebaskan semalam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon Australia, Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya pada 10 Disember lalu, dibebaskan semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Shahrul Othman Mansor berkata Szonert dibebaskan atas nasihat timbalan pendakwa raya (DPP) selepas meneliti kertas siasatan.

"Siasatan mendapati masalah timbul apabila suaminya Ashley Crick membuat laporan polis sedangkan pihak mahkamah di Australia sebelum ini telah mengeluarkan arahan yang hak penjagaan anak mereka adalah secara bersama.

"Rasa tidak puas hati suaminya yang menyebabkan perkara ini berbangkit lagi sedangkan perkara ini telah selesai di Australia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata DPP turut mengesyorkan supaya kedua-dua pihak membuat akujanji mengenai hak penjagaan anak mereka di kedutaan Australia di Malaysia sebagai menurut perintah mahkamah Australia.

"Keutamaan ketika ini adalah supaya anak ini perlu diberi perlindungan dan tindakan selanjutnya kami serahkan kepada peguam kedua-dua pihak," katanya.

Pelakon wanita itu ditahan ketika beliau menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada Isnin lalu berikutan Crick membuat laporan polis terhadap Szonert kononnya melarikan anak lelaki mereka di sebuah pusat beli-belah di ibunegara pada 9 Disember lalu.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *