Recent Post

Friday, December 25, 2015

'Walaupun Dalam Cuti, Dia Sanggup Berhenti & Hulur Bantuan'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Anak saudara saya kemalangan di Puncak Alam pagi tadi. Sementara menunggu ambulans tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dan seorang lelaki keluar sambil membawa beg. Dia terus membuat rawatan kecemasan pada anak saudara saya.  Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dalam hati saya fikir, mungkin dia adalah paramedik on call, sebab itu dia datang.  Selepas selesai kerja, dia masih menunggu ambulans yang tidak kunjung tiba. Sambil menunggu, saya sempat berborak dengannya. Katanya dia bertugas di Klinik Kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.  Saya bertanya lagi, apakah kedatangannya di sini untuk membantu dan juga sebab on call ke? Katanya tidak. "Saya dalam perjalanan nak balik ke Taiping, Perak. Nampak ada kemalangan ini, saya berhenti dan membantu apa yang boleh dibantu." katanya. Dalam hati saya terdetik, mulianya hati dia. Sanggup berhenti untuk membantu walaupun dalam waktu cuti. Bukan itu saja, barang-barang dalam beg First Aid dia pun menggunakan duit sendiri. Keluarganya pula sangat sporting. Tak kisah pun menunggu di tepi jalan sambil menunggu suaminya selesai kerja.  Selepas hampir tiga jam menunggu ambulans, akhirnya ambulans Bomba tiba. Dia pun meminta izin untuk meneruskan perjalanan. Sepupu saya, Abdul Rani menghulurkan sedikit sumbangan tetapi dia menolak dengan baik. "Saya bantu seikhlas hati," katanya. Si baju hijau itu bernama Doktor Nazrul. Terima kasih doktor di atas keprihatinan anda. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda. - Abdul Aziz Ahmad.  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *