Recent Post

Wednesday, December 02, 2015

Dua beradik dan rakan lemas di kolam takungan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir seorang rakan mereka ditemui lemas di sebuah kolam takungan di kawasan tapak pembinaan di Taman Cahaya Masai, dekat Pasir Gudang, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hafiy Iman Hazrul Izwan, 8, dan adiknya Mikael Hazrul Izwan, 6, yang beralamat di Jalan Berlian 36, Taman Cahaya Masai serta rakan yang juga jiran mereka, Airil Iskandar Hamran, 8.

Dua beradik itu berkongsi tarikh lahir pada 7 Julai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian bersama-sama sebuah jentera dan enam anggota.

"Menurut saksi, tiga sekawan berkenaan pergi ke kawasan takungan air sedalam 15 kaki yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka selepas hujan lebat sebelum dipercayai tergelincir di kawasan yang agak curam," katanya semalam.

Mohd Rizal berkata pihak bomba turut menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata mangsa pertama yang ditemui ialah Hafiy Iman pada 7.49 malammanakala Mikael, 40 minit kemudian, disusuli oleh Airil Iskandar 10 minit kemudian.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, kata Mohd Rizal.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *