Recent Post

Wednesday, December 02, 2015

'Ini Bukan 1.5 Juta Pekerja Bangla Yang Diumumkan TPM' - Nadzrin


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PUTRAJAYA - Gambar sekumpulan besar pekerja warga asing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) viral di media sosial semalam.  Menurut sumber, kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama dari 1.5 juta tenaga kerja warga Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Bagaimanapun, tampil seorang individu, Nadzrin Ibrahim, menafikan dakwaan itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.  "Ini semua workers saya yang baru sampai hari ini. Jadi di sini saya nak bagi penjelasan sikit tentang beberapa perkara agar orang ramai tidak salah faham.  "Semua tenaga kerja warga Bangladesh ini direkrut melalui G2G Plantation. Bukannya 1.5 juta yang diumumkan oleh TPM. Rekrut G2G ini sudah ada semenjak 2012 dan syarikat saya mula mengambil mereka sejak tahun 2014. Semua yang saya ambil hari ini bekerja di bawah IOI Plantation dan kita hantar di sekitar ladang IOI di Keratong dan Kluang. Ini bagi menampung kekosongan di ladang kami bagi jawatan pemetik buah sawit," jelasnya.  Dalam penjelasan itu juga, Nadzrin menyeru mana-mana warga Malaysia yang menganggur dan berminat bekerja sebagai pemotong buah sawit boleh menghubunginya di talian 03-89478888.  "Pihak IOI mengalu-alukan kehadiran pemotong buah sawit warga tempatan," katanya. Sementara itu netizen mengutuk tindakan keyboard warrior yang melemparkan tuduhan serta fitnah terhadap kerajaan.  "Tak payah bising-bising. Yang kuat mengutuk dan komen macam boss itu cuba buka perniagaan sendiri atau syarikat sendiri. Tengok berapa ramai orang tempatan yang nak berkerja dengan kau. Aku dah berpengalaman 16 tahun jadi boss. Minta maaflah, kalau orang tempatan ini memang banyak songeh dan pemalas. Tak semua tetapi kebanyakan. Kerja 2 3 bulan dah berhenti. Cabut begitu saja. Ghaib! Gaji nak besar walaupun sekolah ada sijil PMR atau UPSR saja. Tapi okaylah kalau nak bekerja, ini yang jenis yang selesa dengan tak bekerja kononnya tak sesuai dengan kelulusan," kata Mohamad Shauti Yusof. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *