Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
Namun tidak dipastikan kunjungan Fasha ke pejabat agama Islam itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling perihal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Menurut sumber sahih, keretakan rumah tangga aktres itu dan Jejai disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
Salah satu screen shot komen Nora yang dikatakan menjadi punca konflik rumah tangga Fasha dan Jejai.Menurut sumber itu lagi, bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish didakwa turut terlibat sama dalam hal ini.
"Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.
"Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," kata sumber tersebut kepada MStar Online.
Tambahnya, isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka.
Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.
Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.
Su mber: Mstar Online.
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 4 Disember 2015.
No comments:
Post a Comment