Recent Post

Saturday, December 05, 2015

'Saya Buka Tudung Kerana Mencari Rezeki'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sumber gambar, mStar Online Kenyataan seorang pelakon wanita, "Saya buka tudung kerana mencari rezeki," semalam mencetuskan rasa kurang senang peminat dunia hiburan di media sosial.  Normah Damanhuri, 61, bagaimanapun menjelaskan bahawa dia hanya berbuat demikian sekiranya dipinta oleh pengarah.  Dalam kenyataan kelmarin, Normah menyedari ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya membuka tudung dalam drama 'Tuan Anas Mikael', sedangkan dia sudah mula berhijab semenjak pulang dari mengerjakan umrah pada 2011. "Saya sebenarnya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak. "Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik," katanya.  Netizen pula tidak ketinggalan meluahkan pendapat mereka. "Di Palestin, wanita sanggup ditembak mati semata-mata tidak mahu membuka tudungnya. Tetapi kita di sini pula sudah terbalik," kata Bro Jaa.  "Terperanjat membaca kenyataan pelakon ini. Sepatutnya dalam usia 61 ini, anak-anaklah yang menanggung emak dan kalau nak berlakon pun pilihlah yang bertudung. Kenapa pengarah drama ini suruh dia buka tudung? Takut rezeki yang diperolehi itu tidak berkat," kata Wan Mahani Mohamed. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *