Recent Post

Thursday, December 24, 2015

MRT Corp disaran tangani banjir lumpur di Kpg Bkt Dukung


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyarankan supaya MRT Corp mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi masalah banjir lumpur yang menjejaskan Kampung Bukit Dukung, Kajang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia susulan arahan kementerian supaya JAS melawat tapak projek aliran transit massa (MRT) di kampung itu bagi mengenal pasti punca kejadian.

Antara saranan JAS kepada MRT Corp ialah supaya membuat perparitan untuk mempertingkat keberkesanan kawalan aliran air hujan dan memulakan segera pembinaan kolam takungan air hujan.

"Pemasangan penahan kelodak dan lumpur di kawasan rumah-rumah terlibat juga boleh dibuat selain menanam penutup bumi di kawasan tanah terdedah," kata Wan Junaidi dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, mesyuarat penyelarasan kerja-kerja langkah pencegahan banjir lumpur dijadual berlangsung pada hari Isnin.

"JAS akan membuat pemantauan di tapak projek berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kejadian banjir lumpur tidak berulang," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *