Recent Post

Wednesday, December 30, 2015

PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

asb-loans-explained

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.

"Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di sini. – BERNAMA

Berita berkaitan:

Curi kereta mewah, jual online

'Over load' punca dinding pasar raya runtuh

51 Anggota URB Pantau Jenayah

Ditangkap Basah, Isteri 'Bertukar' Wajah

Sindiket 'parcel scam' lumpuh

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *