Recent Post

Saturday, August 22, 2015

Dr.M Dedahkan “Cara” Untuk Jatuhkan Najib Kepada Pembangkang.


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dr.M Dedahkan "Cara" Untuk Jatuhkan Najib Kepada Pembangkang…SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pembangkang supaya mencari formula untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa menumbangkan BN.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Namun begitu, beliau berkata, langkah tersebut boleh dilakukan sekiranya mahu mendapatkan sokongan ahli Parlimen BN.

"Perkara ini sudah pasti tidak disukai ahli Parlimen BN. Mereka tidak akan menyokong dan menjadi alat untuk menumbangkan kerajaan BN sendiri.

"Jika pembangkang mahu mendapatkan sokongan ahli Parlimen BN, kerajaan BN harus kekal dan hanya jatuhkan Najib," katanya menerusi blog chedet.cc, semalam.

Dr Mahathir berkata, pembangkang pasti mahu Najib terus memimpin BN bagi memastikan kemenangan pembangkang dalam PRU14 akan datang.

"Namun begitu melihat kepada situasi di mana seorang perdana menteri menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan dan mengambil kesempatan terhadap undang-undang menyebabkan pembangkang tidak boleh bertahan.

"Jadi saya rasa khabar angin mengenai undi tidak percaya adalah benar," katanya.

Mengulas mengenai kewujudan pihak yang mahu menumbangkan kerajaan pada hari ini menerusi undi tidak percaya, Dr Mahathir berkata Najib dan penyokongnya cuba menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan satu kesalahan dalam sistem demokrasi.

"Dia (Najib) perlu tahu bahawa undi tidak percaya di Parlimen adalah dibenarkan.

"Najib seolah-olah terlupa bahawa BN pernah menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Perak dengan mendakwa mempunyai sokongan majoriti di Dun. Ia sepatutnya dilakukan melalui undi tidak percaya," katanya.

Jelasnya, BN tidak lakukan undi tidak percaya di Dun Perak kerana tidak yakin mampu untuk mendapat sokongan majoriti daripada Adun.

Dr Mahathir berkata, undi tidak percaya perlu dilakukan segera kerana Najib mula memberikan jawatan kepada ahli Parlimen BN supaya terhutang budi kepada beliau.

"Malah ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini pernah datang bertemu saya dan menceritakan mengenai pentadbiran Najib kini telah berubah pendirian.

"Salah seorang daripada mereka yang mempunyai dokumen bukti mengenai salah laku Najib juga dengan senang hati telah menyokong beliau setelah dilantik menjadi menteri," dakwanya.

Mengulas mengenai terma perkataan guling kerajaan yang digunakan, Dr Mahathir berkata, ia sengaja di umumkan kepada orang ramai bagi memperlihatkan ada gerakan yang besar mahu menumbangkan kerajaan.

"Malah pemimpin Umno itu dituduh telah bekerjasama dengan pembangkang. Ia sebenarnya adalah amaran kepada ahli-ahli BN supaya tidak memberi undi tidak percaya itu.

"Mungkin juga ahli-ahli Parlimen BN perlu dibawa bercuti ke Taiwan," sindirnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *