Recent Post

Tuesday, August 25, 2015

Bahana Gula-Gula Hacks, Paha Menjadi Merah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penulis berpeluang bertemu dengan seorang lelaki yang baru mencecah usia 50an. Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Encik Alias kepada penulis.

Cerita bermula apabila Alias pergi memancing bersama-sama temannya di Yan, Kedah. Sudah menjadi kebiasaan Alias sering membawa bekal gula-gula walau kemana sahaja dia pergi kerana Alias mengidap diabetes dan kadangkala berkemungkinan berisiko dengan keadaaan kekurangan gula dalam darah.

Sewaktu memancing ke sana, Alias menyimpan beberapa biji gula-gula Hacks didalam poket seluar. Ekspedisi memancing bermula pada hari Jumaat, namun pada pagi Ahad sewaktu hendak pulang ke Kuala Lumpur, Alias perasan pahanya menjadi kemerahan.

Berasa hairan, Alias pun memeriksa poket seluar dan mendapati gula-gula tersebut telah cair didalam poket seluar. Pada mulanya Alias berasa pedih, kini pada hari Selasa telah masuk dua hari, kini timbul rasa gatal-gatal. Akibatnya, sehingga sekarang Alias tidak berani untuk memakan gula-gula tersebut lagi.

Walau bagaiamanapun, hal ini mungkin berbeza mengikut individu. Hal ini kerana Alias merupakan pengidap kencing manis, mungkin juga hal ini berpunca kerana kulitnya sensitif dengan beberapa kandungan yang terdapat dalam gula-gula Hacks.

Ataupun mungkin bagi anda cerita ini hanyalah rekaan, mungkin anda boleh melakukan eksperimen ini sendiri. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasil kajian anda bersama kami.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *