Recent Post

Tuesday, August 25, 2015

iSelamat.my salur info jenayah lebih mudah dan pantas


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh terus mendapatkan maklumat dan panduan pencegahan jenayah lebih mudah dan pantas melalui laman web iSelamat.my, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jelas Abdul Rahman, projek perintis secara bersama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini menyediakan maklumat hotspot jenayah meliputi 14 kawasan pihak berkuasa tempatan di empat negeri yang ringkas untuk keperluan individu dan komuniti.

"Maklumat-maklumat penting keselamatan seperti nombor telefon Balai Polis dan personel PDRM, pihak berkuasa tempatan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan Rukun Tetangga turut disediakan bagi memudahkan perhubungan pantas antara komuniti dan pihak penguasa keselamatan," ujarnya dalam ucapan pelancaran laman web iSelamat.my di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Halimah Sadique yang mewakilinya melancar kan program tersebut.

iSelamat.my mensasarkan orang awam, dimana ia boleh diakses tanpa sebarang syarat melalui komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar.

"Negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Netherlands dan Australia telah membangunkan laman web seumpama ini.

"Sebagai contoh di United Kingdom, laman web www.police.uk  yang dibangunkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyediakan maklumat jenayah kepada orang awam dan memudahkan penduduk berhubung dengan pihak polis di peringkat komuniti," katanya lagi.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *