Recent Post

Saturday, September 26, 2015

'Dia Sanggup Berpanas, Berlapar & Menunggu Demi Kami'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tadi kereta kami termasuk dalam lubang di tengah-tengah jalan raya. Dua tayar meletup sekali gus. Di tengah-tengah hutan, line telefon pun tak ada. Bingung sekejap kami sebab tayar ganti hanya ada satu. Susah hati sebab ada dua anak yang masih kecil dalam kereta. Pekan Sipitang un masih jauh lagi. Kalau terpaksa jalan, confirm rim kereta akan hancur. Tiba-tiba adik ini berhenti menawarkan diri untuk membantu. Sedangkan kereta yang lain hanya lalu saja pada masa itu. Sungguh mulia hati adik ini. Dia sanggup membantu kami yang langsung tidak dikenali. Sanggup berpanas, sanggup berlapar (jam 7 pagi - 1 petang). Sanggup temankan suami untuk mencari line telefon dan mencari tayar ganti serta menunggu sehingga ke saat kami dapat meminjam tayar ganti dari seorang hamba Allah yang sangat baik hati. Terima kasih adik kerana sudi menolong kami sekeluarga walaupun langsung tidak kenal. Semoga adik di dalam jagaan Allah selalu. Sesungguhnya kamu anak yang baik. Bertuah ibu bapa kamu. Sejuk perut ibu mengandungkan kamu. Mereka membesarkan anak yang sangat baik dan berbudi bahasa.  Adik ini kerja di Klinik SFI Sipitang. Terima kasih adik Akmal. Moga Allah memberkati kamu. - Jenn Danish Danel Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *