Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Umi, kakak sayang Umi. Kakak minta maaf sangat². Kakak rindu Umi. Kakak dah mimpi pasal Umi meninggal tapi kakak tak sanggup nak cakap kat Umi. Kakak tak pernah percaya mimpi itu sampai berita itu sampai.
Umi, kakak nak Umi happy kat sana. Umi, marilah 'melawat' tengok² anak Umi ini. Kakak sedih sebab kakak tak sempat nak tengok Umi sebelum Umi meninggal. Kakak dah tolong mandikan Umi, kafankan Umi, angkat Umi. Umi mesti ingat kan?
Umi mesti nak tengok kejayaan kakak kan? Kakak minta maaf dengan Umi sebab kakak hanya dapat menunjukkan kejayaan kakak sebanyak 4A sahaja dalam UPSR.
Umi, nanti siapa nak tegur pasal kuku kakak panjang? Siapa nak tegur kalau kakak tak makan ubat? Siapa nak tegur kalau kakak tak jaga muka? Dengan siapa kakak nak mengadu? Kakak nak sakat siapa nanti?
Umi dah pergi sana. Umi mati syahid. Kakak tahu Umi mesti tunggu anak-anak Umi di pintu syurga dan bersedia untuk menjadi bidadari ayah yang paling cantik.
Di mata kakak, Umi seorang je yang cantik. Umi tunggu kita orang kat sana ek? Umi kena janji dengan kakak, Umi akan ingat semua memori yang kita pernah lalui bersama.
Ayah sekarang ni sedang berlakon tabah depan kita orang. Ayah cakap ayah dah hilang isteri kesayangan ayah. Angah cakap Umi nak kakak makan mewah kan? Sebab itulah Umi bagi duit lebih setiap kali ayah bagi duit belanja sekolah.
Umi, kakak tak nak makan mewah, kakak nak makan masakan Umi. Lama dah kakak tak makan masakan Umi. Kakak menyesal time kita masak macaroni bersama, kakak tak makan sebab kakak tak lalu. Umi ingat satu je. Kita orang sayang Umi sampai bila-bila."
Nur Faieqah Eiqah Dyr
No comments:
Post a Comment