Recent Post

Friday, October 30, 2015

[BENARKAH DEMI BUMIPUTERA?] Menteri, Perkasa muncul pembela pengguna vape


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR [BENARKAH DEMI BUMIPUTERA?] Menteri, Perkasa muncul pembela pengguna vape KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Ketika pengguna "vape" terancam dengan cadangan menteri kesihatan untuk mengharamkan rokok elektronik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil membela golongan berkenaan.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau akan memberikan pandangannya di peringkat kabinet supaya cadangan pengharaman vape, juga dikenali e-rokok, diteliti semula.

"Jika rokok lebih berbahaya daripada vape, kenapa tidak haramkan rokok?" tanya beliau di laman Facebook peribadinya hari ini.

"Insya Allah saya akan dengar penjelasan menteri kesihatan dan saya akan beri pandangan saya."

Ahli Parlimen Bera turut melampirkan laporan berita media United Kingdom, The Telegraph, yang menyatakan bahawa e-rokok cuma mengandungi 3 peratus nikotin berbanding rokok berjenama Marlboro yang mengandungi 13 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam berkata bahawa kerajaan sedang meneliti undang-undang bagi melaksanakan pengharaman vape.

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam kenyataannya hari ini turut mengecam Dr Subramaniam, sambil mendakwa majoriti pengusaha vape golongan Bumiputera.

"Mengapa semasa mula-mula vape diperkenalkan dahulu mereka menyarankan kepada perokok untuk menukar daripada rokok kepada vape?

"Tetapi apabila industri vape berkembang luas, vape dikatakan berbahaya dan perlu diharamkan.

"Adakah ia bahaya kerana tidak dikenakan cukai pada vape?

Adakah jika selepas dikenakan cukai, vape ini selamat digunakan?" kata Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Namun begitu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahya menjelaskan hari ini bahawa kementeriannya masih belum memutuskan untuk mengharamkan vape kerana bimbang ia juga menjejaskan rokok tembakau.

"Terlalu awal hendak kata kita mengharamkan terus vape. Sekarang ini undang-undang tembakau terletak bawah Akta Makanan 1993, dan tidak sesuai digunapakai untuk vape dan shi sha," katanya di lobi Parlimen.

-Malay Mail Online




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *