Recent Post

Friday, October 30, 2015

Kaki Penderma Hilang Dicuri!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pihak berkuasa Los Angeles melancarkan siasatan berhubung kecurian satu kaki dari van milik sebuah pertubuhan derma organ dan tisu manusia.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan, kaki itu dicuri awal Isnin lalu ketika kakitangan pertubuhan sukarela itu berhenti untuk makan di sebuah restoran.

Apabila kembali ke kenderaan, mereka mendapati peti khas yang mengandungi kaki itu hilang.

Polis berkata, pencuri kaki itu mungkin tidak tahu kandungan di dalam peti berkenaan.

Sehubungan itu pegawai sudah mendapatkan sampel DNA daripada penderma itu untuk proses pengecaman jika kaki itu ditemui.

Menurut Fajardo, anggota keluarga penderma kaki itu juga dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Undang-Undang Amerika Syarikat tidak membenarkan maklumat mengenai penderma organ didedahkan.

Sumber Harian Metro

Artikel disusun oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 29 Oktober 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *