Recent Post

Monday, November 30, 2015

99 wanita asing ditahan disyaki terlibat pelacuran


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebanyak 99 wanita warga asing dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam Op Noda di enam lokasi di ibu negara.

Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata operasi serentak di enam lokasi terbabit bermula 10.30 Sabtu malam sehingga 12.30 tengah malam semalam.

"Serbuan dilakukan di empat premis hiburan dan dua rumah urut di Jalan Kuchai Lama, Puchong dan Kepong," katanya kepada Bernama semalam.

Wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Laos.

"Turut ditahan 15 individu warga tempatan dan warga asing yang disyaki penjaga premis terbabit," katanya.

Beliau berkata kesemua premis terbabit juga dikawal ketat dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Khairi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman rasmi Twitter beliau mengucapkan syabas kepada STAGG kerana kejayaan itu.

"Syabas STAGG @PDRMsia serbu pusat hiburan di Puchung, Kepong dan Kuchai lama, KL. Tangkap 99 GRO Asing dan 15 Penjaga. #GoPDRMGo,"katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *