Recent Post

Monday, November 30, 2015

Pegawai Bank Saksi Rozana Misbun Datang Ke Bank Dengan Hidung Dan Telinga Berdarah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kes cerai antara Awie dan Rozana Misbun hari ini telah dibicarakan lagi di Mahkamah Majistret Ampang Jaya.

Dalam perbicaraan hari ini, seorang saksi iaitu Zaila Zahid yang merupakan pegawai bank di cawangan Alliance Bank Ampang memberikan keterangan bahawa beliau melihat hidung serta telinga Rozana berdarah sewaktu  beliau ke kaunter untuk mengeluarkan wang berjumlah RM29,650.

Tidak mengesyaki apa-apa, Zaila menasihati Rozana untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana bimbang beliau tidak sihat.

Namun, tidak berapa lama kemudian Zaila yang ketika itu sedang sibuk menguruskan urusan pengeluaran tersebut berkata Awie tiba-tiba muncul dan mengambil wang tersebut selepas  ia diletakkan di atas kaunter.

Ketika Rozana datang ke kaunter, saya lihat dia sedang menutup muka dan hidungnya. Dan apabila dia menandatangani borang pengeluaran wang, saya nampak hidungnya berdarah. Saya pun tanya, kenapa? Dan dia hanya menjawab 'Shhh…'

Selepas saya menguruskan kerja-kerja pengeluaran duit, Awie muncul dan mengambil duit yang saya letakkan di atas kaunter. Kemudian saya juga melihat seperti ada darah pada telinga Rozana.

Dalam kenyataan Rozana sebelum ini, beliau mengatakan Awie bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka.

Pertengkaran mula berlaku apabila Awie menuduh beliau mencuri wang milik suaminya itu meskipun berkali-kali menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga malangnya Awie tetap tidak percaya.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang tahun lalu.

Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan perbicaraan disambung pada 12 Januari 2016.

Sumber Berita: mStar Online

Related Related Category : Malay 17 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *