Recent Post

Friday, January 01, 2016

ADA KETUMBUHAN DALAM RAHIM - SHEERA ISKANDAR JALANI PEMBEDAHAN


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jika sebelum ini, penyanyi dan penyampai radio era, Nadia Haswani baru-baru ini telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di matanya, terkini Sheera Iskandar, 30, khabarnya baru sahaja selesai menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan (cyst) dalam rahimnya pada Selasa lalu di Hospital Pakar Damansara.

Menurut Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

"Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai ke tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

"Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah d an tidak mahu berlengah lagi," ujar Sheera yang kini masih lagi ditahan di wad memandangkan tahap kesihatannya masih belum stabil.

Tambah Sheera, ekoran ketumbuhan itu membuatkan dia sukar untuk hamil dan berharap peluang untuk mengandung lebih mudah selepas pembedahan tersebut.

Sementara itu, Sheera berkata, doktor turut menasihatkan dia untuk menjaga pemakanan agar penyakit tersebut tidak berulang.

"Zaman sekarang ini, kita sering makan makanan berbentuk segera. Ayam pun disuntik. Jadi pengambilan makanan kita tidak sihat.

"Saya harap selepas ini saya dapat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, InsyaAllah," jelasnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *