Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Rabu lalu dua kakitangan PTG pahang didakwa atas tuduhan yang sama.
Tertuduh, Mohd. Nurfirdaus Rahmat, 28, yang bertugas sebagai Pembantu Awam dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, seorang Penolong Pentadbir Tanah di jabatan berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Nurfirdaus dituduh menerima rasuah wang tunai sebanyak RM8,500 daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram dengan menjual 50 keping borang 13D.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 6.05 petang di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau, di sini pada 6 Januari lalu.
Tertuduh kedua, Abdul Rahim Sulaiman, 53, pula dituduh bersubahat bersama Mohd. Nurfirdaus menerima suapan wang tunai sebanyak RM8,500 daripada individu sama sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 28 (1) (c) dibaca bersama Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafinas Shabudin dan Habibah menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebut semula kes.-18/1/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment