Recent Post

Monday, January 18, 2016

RESPECT! Wanita Paling GEMUK Di Dunia Berjaya Jadi KURUS!!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

WANITA PALING OBESITI DI DUNIA BERJAYA HILANGKAN 1000 POUND BERAT BADAN Mayra Rosales wanita berusia 34 tahun ini pernah mengalami masalah obesiti melampau sehingga tidak mampu untuk bergerak dan berganjak dari tempat tidurnya. Kegemukan yang dialami membuatkan diri beliau langsung tidak produktif dan menjadi satu bebanan besar dalam kehidupannya. Beliau terpaksa meminta bantuan untuk membersihkan diri, bangun dari tempat tidur bahkan hanya mampu mandi dengan mencuci rambut sahaja di tempat tidurnya sendiri.

Namun, masalah yang dihadapi bukan penyebab untuk Mayra berputus asa dengan kehidupannya. Usaha dan kegigihan beliau membuktikan setiap masalah yang dihadapi pasti ada cara untuk menanganinya. Menerusi pembedahan, senaman dan aturan diet yang ketat dan konsisten, Mayra Rosales berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 1000 pound dan perkara ini benar-benar merupakan satu kejayaan besar bagi Mayra.

Kisah perjalanan beliau untuk menguruskan badannya ternyata amat sukar dan jika dilihat secara kasarnya tidak mungkin beliau mampu untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Namun, berkat kegigihan dan semangat yang tidak pernah putus, Myra Rosales kini telah menjalani kehidupan yang sihat dan normal seperti orang lain. Kejayaan wanita ini sesungguhnya memberi banyak insipirasi kepada orang ramai. Benarlah kata pepatah, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jelas terbukti bahawa, tiada yang mustahil dalam dunia ini.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *