Recent Post

Monday, January 18, 2016

'Terkubur Hasrat Nak Jadikan Dia Sebagai Isteri'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Assalamualaikum semua. Sorry, cerita aku agak panjang. Tetapi sudah lama aku nak luahkan.  Aku sebenarnya tak belajar pun di UIA. Aku tengah belajar medik di sebuah negara bahagian Eropah. Cuma sebabnya aku confess di page IIUM Confessions ini sebab nak ceritakan kisah hidup aku bersama seorang perempuan ini.  Perempuan yang berjaya memikat hati aku buat kali pertama. Satu-satunya perempuan yang aku sangat selesa bila bersamanya. Perempuan yang dapat membuatkan hati aku berdegup kencang setiap kali bercakap dengannya dan perempuan ini kini sedang belajar di UIA. Jadi, mungkin dia akan terbaca kisah ini. Siapa tahu? Aku ini boleh dikatakan agak pemalu bila berdepan dengan perempuan. Boleh dikatakan seumur hidup setakat ini, aku tidak ada kawan perempuan yang rapat. Aku hanya bergaul dengan perempuan bila ada urusan kerja sahaja. Aku takkan menegur sapa perempuan tanpa sebab. Ceritanya bermula seperti ini. Aku kenal dia pada tahun 2005. Pada masa itu aku di penghujung sekolah rendah, dia ini salah seorang classmate aku. Tetapi dalam ramai-ramai, aku paling tertarik dengan dia. Dia lemah lembut, senyuman manis. Boleh dikatakan aku pergi kelas sebab nak tengok dia. Tetapi kami tidak pernah bertegur sapa. Hanya mengetahui namanya sahaja dan sekadar memerhati dari jauh.  Selepas UPSR, saya nak tahu juga dia nak masuk ke sekolah mana sebab aku nak ikut sama. Tetapi apakan daya aku terpaksa pindah ke satu negeri jauh ke utara sebab ayah aku tukar tempat kerja. Sejak itu, aku tak tahu apa-apa berita mengenai dia. Di tempat baru, aku masuk ke sekolah yang berprestij tinggi berbekalkan keputusan UPSR aku 5A. Sekolah itu, pelajarnya semua lelaki dan memang sesuailah dengan aku yang tidak reti bergaul dengna perempuan.  Aku suka sangat dengan sekolah itu. Disebabkan aku ini agak pandai, semua cikgu sukakan aku. Ada apa-apa pertandingan, mesti aku yang dihantar. Junior, senior, semua kenal aku sebab kerap mewakili sekolah. PMR pun dapat straight A. Sampailah aku berada di tingkatan 4. Masa itu internet baru tengah berkembang. Ayah pasang internet di rumah dan aku pun cubalah menjinakkan diri dengan Facebook.  Tahu siapa yang aku cari dulu? Dia. Aku memang takkan dapat melupakan dia. Crush dari dulu. Aku masih ingat lagi nama penuh dia sehingga sekarang. Aku taip nama dia, memang ada. Gembira bukan main, terus aku add dia.  Tidak lama selepas itu, dia approve dan aku pun mula menghantar mesej bertanya khabar, sekolah mana sekarang dan sebagainya. Lebih kurang seminggu juga kami berchatting melalui Facebook, aku beranikan diri meminta nombor telefonnya. Dia bagi.  Malam itu juga aku confess pada dia yang aku sudah lama menaruh hati padanya. Dia menerima cinta aku! Dia cakap yang dia pun ada usha aku juga dulu tetapi takut nak tegur sebab aku ini pemalu, sopan. Rupa-rupanya macam inilah rasanya jatuh cinta. Sejak dari itu, setiap hari aku mesej dia, call dia jika ada duit lebih. Memang bahagia sangat-sangat walaupun tidak dapat berjumpa lagi sebab tempat kami jauh. Tetapi aku tahu if she's the one, no matter how far the distance, we will be together. Jadi, tahun pertama sebagai couple kan, birthday dia pun tak lama lagi, kenapa tidak aku berikan hadiah untuk dia? Lebih kurang dua minggu lagi harijadi dia, hadiah pun sudah beli, tinggal nak balut dan post saja lagi. Tetapi dia hantar satu mesej, katanya nak putuskan hubungan ini. Aku tanya kenapa, dia tidak dapat memberikan sebabnya. Dia cuba lost contact dengan aku, dia tukar nombor telefon, deactivate Facebook. Aku memang total lost contact. Hati aku punyalah remuk retak seribu. Aku mana pernah bercinta sebelum ini, mana reti nak deal dengan putus cinta. Aku menangis dan banyak duduk seorang diri. Nasib baik masa itu cuti sekolah, jadi aku boleh menangis semahu-mahunya di rumah. Parents aku tak tahu pun tentang hubungan aku dengan dia. Aku malu nak bercerita tentang perempuan pada parent aku. Yes, putus cinta sangat perut walaupun baru lima bulan bercinta dengannya. Aku berazam tidak akan jatuh cinta lagi dan fokus pada pelajaran demi masa depan.  Buka sekolah, aku form 5. Memang bertekad gila untuk melupakan perempuan itu dengan fokus dalam pembelajaran. Semua jawatan aku tibai. Presiden kelab ini, setiausaha kelab itu. Semua aku cadangkan diri sendiri. Yelah, sebab nak markah penuh ko-kurikulum untuk masuk universiti kelak.  Aku semakin lupa pada doa. At the end, aku berjaya dapat straight A dalam SPM. Korang boleh agak betapa bangganya parent aku bila aku berdiri di atas pentas untuk ambil keputusan SPM. Lagipun aku ini anak sulung. Dengan keputusan itu, aku cuba untuk memohon melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku nak jadi seorang doktor. Alhamdulillah, aku mendapat tawaran untuk degree medik di luar negara ditaja oleh MARA. Lebih kurang tiga bulan di tempat baru, aku terima satu friend request. You're right, it's from the same girl whom I in love with long time ago. Aku pun approve sebab dah rasa tak ada apa-apa dengan dia. Dia meminta maaf pada aku dan beritahu aku mengapa dia nak clash dulu. Rupa-rupanya dalam masa dia couple dengan aku, dia terjatuh cinta tanpa sengaja dengan classmate dia. Tetapi satu hari classmate dia luahkan perasaan pada dia yang membuatkan dia mahu memutuskan hubungan kami.  Aku bukan jenis pendendam, jadi aku maafkan dia. Kami keep on messaging bertanya khabar sampai aku rasa aku dah jatuh hati semula padanya. Tetapi dia yang beritahu aku yang dia nak balik dengan aku dan yes kami bercinta buat kali kedua. Tetapi kali ini, aku lebih serius. Aku janji, bila aku dapat balik ke Malaysia setahun sekali, aku akan pergi jumpa ibu parent dia terus.  We're wuite happy as a new couple walaupun masa berlainan dan jarak yang jauh. Aku text dia setiap hari, long distance relationship antara benua ini susah sangat tetapi aku tak kisah asalkan she's the one. Aku akan spare every free time yang aku ada just for her (and family aku of coz). Trust adalah perkara paling penting. Aku? Jangan risaulah, aku masih sama seperti dulu. Segan bila dengan perempuan. Nak curang? Aku datang sini sebab nak jadi doktor, bukan nak main-main. Lebih kurang 10 bulan aku di sana, akhirnya aku dapat balik ke Malaysia. Mahal tiket, bukan boleh balik bulan-bulan. Setahun sekali itu kira bersyukurlah. Yes, aku tunaikan janji aku. Aku pergi jumpa family dia buat kali pertama. Dari negeri, aku naik bas ke tempat dia. Aku dah beritahu family aku tentang dia sebab aku memang ikhlas dengan dia nak dijadikan sebagai isteri. Aku masih tidak dapat melupakan betapa menawannya dia semasa dia ambil aku bersama dengan ayahnya. Aku tak expect pun dia akan jadi so much better in real life daripada Skype. Aku jumpa family dia, aku suka family dia. Diorang pun suka pada aku dan kami spend the whole day borak tentang pelajaran aku, family and our future.  It's been a lovely 3 years with her now and dah jumpa dengan dia 3 kali. Dalam masa yang lama ini, kita akan dapat kenal sikap seseorang itu, macam mana karekter dia. She's a happy go lucky person. Agak peramah. Kadang-kadang aku terfikir karekter dia sangat bertentangan dengan aku yang pemalu, sopan. Tetapi apa orang kata, itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan.  Memang akan ada bergaduh sana sini. Sikap dia yang peramah itu kadang-kadang membuatkan aku susah hati. Yela, dia tu cantik rupawan, ramai yang suka dia. Pernah sekali classmate dia di UIA confess pada dia. Dia beritahu aku yang dia tidak tahu nak memilih siapa. Dia sayangkan classmate dia, but dia cintakan aku. Aku rasa aku sangat penyabar. Aku tak pernah marah dia. Aku suruh dia fikir dalam-dalam, takkan dia nak hancurkan hubungan yang kita sudah bina ini hanya disebabkan perkara seperti itu. Bukan sekali perkara ini terjadi, dah banyak kali. Dia tersangat peramah dan sudah puas aku menasihatkan dia dan setiap kali itulah aku akan maafkan dia dan aku takkan marah dia. Aku dalam penghujung bulan terakhir tahun 3 medik. Aku agak sibuk, setiap hari dalam otak aku hanya study dan study. Kebetulan masa itu UIA cuti sem. Jadi dia di rumah holiday. Aku pula bertungkus lumus study medik.  Dia kata aku tiada masa untuk dia sebab aku jarang text dia, jarang call dia. Aku tengah study week, aku minta dia faham dan dia meminta maaf. Dia kata tak apa.  Susah payah, akhirnya aku habis exam dan start cuti. Tetapi aku tak balik Malaysia sebab tiket mahal dengan ringgit Malaysia yang semakin susut nilai. Jadi, perkara pertama yang aku buat selepas exam, aku contact dia. Masa itu dia dah habis cuti dan mula dengan sem baru. Dia kata dia busy, aku dengan serba salah kurangkan text dia sebab tak nak menganggu dia study.  Lagipun dia memang dah jarang balas text aku. Ada sekali aku text dia, 3 hari baru dia balas. Aku ini jenis yang suka text. Macam-macam aku text dia, kata rindulah, oncall lah. Skype? Memang jarang sangat sebab bila dia di UIA, dia kata internet lembab. Walaupun dia tidak balas tetapi aku tak ambil hati sebab aku faham dia tengah study.  Sampailah satu hari, masa itu aku baru pasal 4th year medic, dia text aku yang dia nak putuskan hubungan. Aku tanya sebab apa, dia kata sebab nak fokus study sebab dia serabut aku text banyak sangat. Dia serabut sebab setiap kali dia nak keluar, aku akan tanya nak keluar dengan siapa, naik apa, pergi mana dan sebagainya. Aku cuma ambil berat dan risau. Tetapi dia cakap aku terlalu mengongkong dan dia mahukan kebebasan. Aku patah hati. Walaupun sedih, aku tetap memahm yang dia nak fokus pada study. Ini kali kedua aku break-up dengan orang yang sama. Padahal dialah cinta pertama aku. Mimpi nak kahwin selepas habis study lebur begitu sahaja. Dia kata, kalau ada jodoh, takkan ke mana. Dia nak jadi kawan saja dengan aku.  Aku sedih sangat, menangis seorang diri dan kali ini di negara orang seorang diri. Aku tak beritahu kawan-kawan aku yang aku sudah break. I am very lonely. Lagipun that day, lebih kurang 3 minggu lagi harijadi dia. Kami masih berhubung seperti biasa sebagai kawan. Tetapi aku tak anggap pun dia sebagai kawan. Aku sangat cinta pada dia. Sampailah pada tarikh harijadi dia, waktu itu jam 2 pagi di sini, Malaysia dah 7 pagi. Aku call dia sebab nak wish happy birthday. Tapi dia mamai lagi, suruh aku call lagi dua jam. Aku tunggu sampai jam 4 pagi kemudian aku call dia. Dia jawab dan kata dia dalam kereta nak pergi sambut birthday dengan kawan-kawan. Aku dapat dengar suara seorang lelaki sedang memandu.  Aku tanya siapa lelaki itu, dia akhirnya jujur pada aku yang dia sudah ada pasangan baru. Sedangkan aku masih terkapai-kapai di sini. Wah! Aku marah dia, aku kata dia penipu, kata nak putus sebab nak fokus study. Alasan dia pula, dia memang nak fokus study tetapi lepas putus baru dia ada couple baru. Lebih perit lagi dia kata saying aku tetapi tak cinta. Dia offkan call. Aku patah hati. Memang berkuburlah hasrat aku nak jadikan dia sebagai isteri. Dia block semua contact dengan aku. WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram semua dia block. And here I am, 2 month post-breakup, all alone. Sekurang-kurangnya dah masuk 4th year ini sikit sebanyak menolong aku melupakan dia sebab aku banyak menghabiskan masa di hospital. Lagi dua tahun aku akan habis study dan balik Malaysia. Aku sudah serik. Her loss, not mine. Aku tak nak jumpa dia lagi, ever. UIA girl, if you read this, say hello to your mom for me. I really miss her.  To my real future wife, who ever, where ever you are, please never break my heart, as I only have one. - Bakal Doktor Kamu | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *