Recent Post

Friday, January 29, 2016

'Esok, Kita Sama² Mencari Ibu Susuan Untuk Hannah Ye?'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Siapa kenal beg itu? Ibu-ibu menyusu badan mesti tahu. Di dalam beg itu ada kelengkapan tools si ibu. Kalau pergi kerja, tertinggal beg itu, mesti aku kena bertukar menjadi Gaban dan menghantar alat itu ke tempat kerja isteri aku. Kalau tak hantar, isteri akan susah hati pula. Mungkin akan pulang ke rumah dengan mengambil alat itu sendiri. Ke mana saja dia pergi, beg itu seakan bercantum dengan diri. Seminar, mesyuarat, naik flight, semua tempat diusungnya beg itu.  Malam itu aku terjaga sebab nak buang air kecil. Sewaktu aku terbangun dari katil, aku cuma ternampak anak, isteri pula hilang entah ke mana.  "Vebbb... Vebb...." kedengaran bunyi datang dari arah ruang tamu.  Bunyi getaran yang biasa aku dengar. Itulah bunyi getaran alat pam elektrik isteri. Memang menjadi kebiasaannya berjaga di tengah malam untuk menyiapkan stok susu anak. Cuma pada malam ini, lain sikit. Aku terdengar seakan-akan suara orang menangis dan kedengaran bacaan Al-Quran dari telefon bimbit.

Aku mengintai, nampak satu susuk perempuan sedang menghadap telefon bimbit sambil membaca mengikut alunan Al-Quran. Ya, aku masih ingat, surah Al-Qariah. Aku diamkan diri dan terus memerhati. Baru aku tahu punca isteri aku kelihatan sugul semenjak 2 3 hari ini, rupanya stok susunya berkurangan.

Aku mengira waktu isteriku datang bulan. "Eh? Baru saja lepas period hari tu," bisikku. Sebab kebiasaannya sebelum tempoh uzur, pengeluaran susu akan berkurangan.  Patutlah semalam isteriku ada bertanya meminta izin untuk mencari ibu sususan buat Hannah. Namun aku tegah sebab aku tak boleh terima. Aku terus pergi ke arah isteriku. Duduk rapat di sebelahnya dan pada waktu itu aku benar-benar kesal kerana aku cuma mementingkan pendirian aku.  "Esok, kita sama-sama mencari ibu susuan untuk Hannah ye?" kataku padanya. "Eh? Awak bangun?" isteriku terkejut lalu mengesat air matanya. "Saya nak ke tandas," jawabku ringkas dan tersenyum padanya. "Awak tak kisah ke? Saya minta maaf sebab susu drop. Saya pun tak tahu kenapa jadi seperti ini," jelasnya sambil menundukkan wajah. "Saya ingat saya dah khatam banyak buku tentang penyusuan, saya dah bersedia untuk semua ini. Tetapi saya silap, Tuhan masih mahu saya belajar lagi. Kali ini saya kena khatam bab ibu susuan dengan belajar sendiri," jelasku sambil memeluknya erat.  Alhamdulillah, bantuan dari rakan-rakan Facebook, aku diperkenalkan dengan Puan Anis yang menetap di Hulu Langat. Puan Anis mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak aku. Zaim nama anaknya. Kini, Hannah dan Zaim adalah dik beradik susuan yang sah dan kami saling bertukar salinan surat beranak dan menjaga ukhwah ini. InshaAllah Ahad ini kami akan melawat Zaim. Suami, ingatlah perempuan itu adalah isteri. Mereka juga adalah ibu. Ingatan ini untuk aku dan kalian semua. Jangan diherdik dan diseksa mereka. Tatkala kalian ingin menyeksa jiwa dan zahir mereka, ingatlah dua perkara. 
  • Di rahim mereka ada parut, parut itu adalah parut yang melahirkan zuriat kita.
  • Di puting susu mereka juga ada parut, parut itu akibat gigitan gigi zuriat kita.
  • Saat parut itu terpahat di jasad mereka. Percayalah ianya sakit, bahkan mereka menjerit. Parut itu akan bersuara di mahsyar bagi pihak mereka dan menuntut keadilan mereka di hadapan Sang Raja Yang Esa.  Maafkan mereka, bimbing mereka, bijakkan mereka. Itulah matlamat kita sebagai pemimpin dalam keluarga. Lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu mencintai isterinya berulang kali. Bukan hanya sekali. Suami, ambil masa, sama-sama muhasabah diri. Nilai balik diri ini dan buat setiap hari. Ambil masa, intai isteri bangun di tengah malam yang membuat persiapan untuk membesarkan zuriat kita. Kerja mereka tidak pernah habis. Kerja suri rumah paling lama, 24 jam sehari. Ditambah pula yang bekerja membantu suami di siang hari. Hamba faham, tidak mudah untuk menjadi lelaki dan sangat perit menjadi suami. Tetapi itu maharnya mendirikan sebuah rumah tangga. Mahar membesarkan puteri dan putera kerana hamba juga seorang suami. - Abu Hannah | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COm



    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *