Recent Post

Tuesday, January 26, 2016

Lawak Dikritik, Komen ‘Pedas’ Nabil Ahmad Bikin Panas!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

5 Shares

Share

Share

Share

Email

Sebelum ini, pelawak solo terkenal Nabil Ahmad sering dikritik gara-gara lawak yang ditampilkan itu. Malah ketika Nabil mengacara konsert Gegar Vaganza musim kedua pada tahun lepas telah menimbulkan pelbagai isu sehinggakan kononnya dia terpaksa membawa penapis ke pentas. – Punca Nabil Ahmad Bawa Penapis Di Pentas Gegar Vaganza 2!

Nabil Ahmad sering dikritik kerana lawak yang ditampilkan itu banyak menguris hati dan perasaaan orang. Malah ada yang menganggap lawak spontan dari Nabil ini kadang-kadang melampui batas.

Namun, ramai peminat yang masih menyokongnya dan sukakan lawak yang disampaikan kerana sempoi dan sangat mencuit hati. Bagi Nabil, kalau orang tidak suka menonton lawaknya, jangan tengok persembahannya. Bahkan bagi Nabil, terlepas cakap itu perkara biasa.

Nabil 1

"Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ."

Bagi Nabil, dia tidak kisah dengan kritikan orang ramai dan percayakan diri sendiri. Kalau pihak produksi merasakan dia tidak bagus untuk menjadi pengacara tentu pasti dia tidak akan mendapat tawaran lagi.

"Saya tak salahkan penonton sebab memang saya dikenali dengan cara begitu. Itulah saya. Jadi kalau saya masih lagi berada di situ (diberi tugas mengacara), maknanya saya diterimalah. Secara tak langsung menunjukkan bahawa saya masih diberi kepercayan oleh pihak produksi untuk berada di situ dan mengendalikan program."

"Jadi yang bercakap ini, daripada 10 orang, mungkin cuma seorang saja yang tak berpuas hati. Untuk orang macam saya, saya malas nak ambil pusing sebab kerja saya memang begitu.  Yang saya lakukan itu menjadikan yang berbeza daripada pengacara lain. Anda boleh tanya balik, apa yang membezakan saya dengan orang lain? Apa yang membezakan kita dengan orang lain? Masing-masing mesti tak sama bukan?"

Nabil 2

Jadi menurut Nabil kalau orang tak suka melihat persembahannya, boleh cuba elakkan dari melihatnya.

"Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya."

Apapun, itu adalah pendirian Nabil. Jika ada antara anda yang tidak menyukainya boleh cuba elakkan dari menonton rancangannya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • MENGEJUTKAN! Bakat Terpendam Anak Nabil Ahmad Terbongkar
  • Caliph Buskers Buka Mulut Isu Lawak Nabil!
  • Nabil Ahmad Akui Kesilapan Kerana Teruja!
  • Lawak Nabil Di Gegar Vaganza Terima Padah!
  • 1,297 total views, 1,297 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *