Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-30 yang berlangsung di Stadium Malawati di semalam. Nampaknya, lagu ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar berjudul Potret nyanyian kumpulan Akim & The Majistret muncul sebagai juara AJL 30 sekaligus menewaskan saingan terdekat, lagu Assalamualaikum ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok yang diramalkan oleh ramai pihak untuk bergelar juara lagu.
Dengan kemenangan lagu itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.
Akim & The Majistret turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Potret berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Knock Knock (Elizabeth Tan), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale (Stacy & Altimet), Mana Mungkin (Black), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alif), Sampai Mati (Hazama) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).
Naib Juara AJL 30 dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum yang dicipta oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok.
Ia membolehkan dia membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.
Lagu Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Caliph Buskers memenangi tempat ketiga AJL 30.
Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.
Manakala Dayang Nurfaizah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Terdahulu, AJL 30 memberi anugerah khas kepada dua tokoh muzik iaitu Tan Sri Ahmad Othman Merican dan Datuk Ooi Eow Jin yang bertanggungjawab memperkenalkan program Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu.
Persembahan 12 finalis AJL 30 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY dan Edrie Hashim.
Azmeer pula bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.
Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 30 mengangkat tema '3 Dekad Mencipta Fenomena' dalam mengimbas kembali sejarah 30 tahun penganjurannya.
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment