Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pertama kali menjejak kaki ke Gaffe & Co, terpukau melihat keunikan seni bina café hisptser ini yang terletak berhampiran dengan Istana Bambu sebelah MRR2.
Uniknya ialah mengunakan kontena terpakai yang disusun mesra mengikut kreativiti perekanya.
Kini Gaffe & Co menjadi port lepak baru buat budak-budak Ampang. Tidak kiralah yang masih muda remaja mahupun yang dah ada famili.
Orang kata kalau tempat dah cantik, mesti makanannya sedap jugakan? Jadi penulis pun cubalah order Seafood Marinara dengan Ice Chocolate.
Ternyata, makanan ala barat yang dihidangkan Gaffe & Co amat sedap dan menyelerakan. Sangat segar dengan kombinasi seafood seperti udang, sotong dan kupang bersama dengan spaghetti.
Itu baru ujian pertama, maka untuk melayankan nafsu tekak yang masih ingin mengunyah sesuatu, penulis kemudian memesan Piza Supreme yang merupakan hidangan signature di café hipster.
Piza Supreme ini memiliki kepingan daging ayam, lada benggala, cendawan dan keju bersama sos buatan sendiri yang sesuai dengan kena dengan selera dan tekak orang Malaysia.
Rasanya sungguh enak dan doh pizanya juga sangat rangup.Anda akan faham sebaik saja merasai sendiri piza ini.
Apa-apa pun, penulis syorkan pergilah makan dan lepak dekat Gaffe & Co. Lebih 20 menu makanan dan minuman disediakan dan yang paling best ialah tiada caj GST.
Harganya tidak begitu murah dan tidak begitu mahal. Sambil makan, anda juga dihiburkan dengan persembahan band muzik secara live. Selamat mencuba!
Foto: IG & FB Gaffe & CoOleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 26 Jan 2016
No comments:
Post a Comment