Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Bezanya, pengarah filem yang memulakan kerjayanya sebagai pengarah fotografi ini menghasilkan The Rejection dalam bentuk sebuah dokumentari khas yang mana ia merupakan gabungan idea bersama sekumpulan pengamal industri kreatif yang menggelarkan diri mereka sebagai Revolusi Industri Kreatif (#TheRIK15 ).
Antaranya penggerak Revolusi Industri Kreatif adalah Pekin Ibrahim, Tomok, Zahid (AF), Haziq (AF), Adiba Yunus, Maulana (AF), Kautsar (Alam Band), Akma (AF), Laika (AF), Aril (AF) Ristoe (New Boyz) dan Achap (Pretty Ugly).
Berbalik kepada The Rejection, projek yang dianggap cukup daring dan berani ini cuba memaparkan kehidupan puak gelandangan subculture punk yang wujud di negara ini dengan mengambil kesan pos tmodernism dalam multiculturalism ke atas pembangunan masyarakat dengan mengambil kira dari sisi gelandangan serta budaya punk sebagai bahan kes.
Malah, ia turut menyelinap perasaan puak gelandangan subculture mereka dan tindak balas terhadap masyarakat dan juga pesekitaran serta menjawab persoalan segelintir masyarakat yang aak pasif terhadap komuniti ini.
Apakah The Rejection mampu mencetuskan impak sepertimana Ophilia? Kita tunggu dan lihat! Apa yang pasti projek dokumentari Raja Mukhriz bersama penggerak Revolusi Industri Kreatif ini sudah pun mula hebat diperkatakan di laman sosial media sehingga mencetuskan sedikit konfrontasi di antara beberapa pengikut subculture yang lain.
Persoalannya apakah sebabnya dokumentari ini diwujudkan dan ke mana hala tuju dokumentari ini akan dibawa. Satu persoalan menarik yang perlu dijawab Raja Mukhriz dengan penggerak Revolusi Industri Kreatif yang lain.
No comments:
Post a Comment