Recent Post

Sunday, January 24, 2016

Dato' Seri Mukhriz: 95 peratus rakyat Kedah sokong saya, Tukar MB Sekarang SANGAT BERISIKO, Tunggulah PRU-14


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR Dato' Seri Mukhriz: 95 peratus rakyat Kedah sokong saya, Tukar MB Sekarang SANGAT BERISIKO, Tunggulah PRU-14 MENTERI Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir berucap dimajlis perjumpaan bersama akar umbi UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO Jerlun. - Foto Eizairi Shamsudin JERLUN: Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta kepemimpinan UMNO supaya 'menunggu' sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika benar ada usaha untuk memecat beliau sebagai Menteri Besar Kedah. Beliau berkata, sebarang peralihan kuasa Menteri Besar pada masa kini adalah sangat berisiko berikutan ia boleh menyumbang kepada kehilangan sokongan rakyat dan pengundi terutamanya pada PRU-14 kelak. "Macam Pak Abu (ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif) kata kalau nak tukar pun tunggulah sat (sehingga PRU-14)...buatlah cara elok, saya ni bukannya susah sangat pun. "Dua tahun tak cukup nak pujuk rakyat (jika tukar Menteri Besar)...kalau rasa saya tak bagus, letaklah sesiapapun dan saya  boleh sokong asalkan lebih baik daripada saya...letaklah orang lain dengan syarat sokongan dia lebih baik daripada sokongan saya," katanya, di sini petang tadi. Terdahulu, Mukhriz yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun menemui ahli akar umbi UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun yang dih adiri lebih 1,000 penyokongnya. - BHMalaysiakini melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan 95 peratus rakyat negeri itu menyokong kepimpinannya dan tiada sebab untuk menggantikan beliau. Malah, Muhkriz berkata, gambaran diberikan media bahawa semua bahagian Umno di Kedah berpaling menentang beliau tidak benar kerana Jerlun yang diketuainya masih teguh menyokong. Tetapi, kata Mukhriz, apa yang lebih penting adalah sokongan dua juta rakyat Kedah kepada beliau. Menurut anak bekas perdana menteri itu, jawatan menteri besar yang disandang beliau sejak memenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu adalah atas lantikan sultan. "Letaklah siapa pun (calon MB) tapi sultan tidak perkenan, orang itu tidak akan dapat menjadi menteri besar," katanya dalam ucapan di Jerlun hari ini. Rakyat tanya Mukhriz jawab Mukhriz berkata, beliau akan kekal sebagai menteri besar selagi itu yang dimahukan rakyat dan sultan. "Bukan cara saya untuk memohon atau melutut bagi mendapatkan jawatan ini kerana seseorang pemimpin mesti bermaruah. Saya dibesarkan dengan cara itu. "Apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang melawat saya baru-baru ini, saya memberitahu beliau, jika rakyat tidak lagi menyokong saya, saya sendiri akan meletakkan jawatan. "Tetapi mereka masih mahukan saya. Tolong berikan saya sokongan anda kepada saya," katanya dalam ucapannya di Jerlun. Dalam ucapannya itu juga Muhkriz mendedahkan mengapa beliau diserang oleh kepimpinan Umno. Mukhriz berkata ia bukan disebabkan cara kepimpinan beliau lemah sebaliknya didorong oleh tindakannya mempersoalkan kepimpinan tertinggi Umno dalam beberapa isu kontroversi. "Ada yang berkata, ia juga adalah kerana bapa saya," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mendesak supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri sebelum menukar sikapnya menjadi pengkritik lantang tokoh berkenaan. Bagaimanapun, kata Mukhriz, isu yang dibangkitkannya itu terus diperkatakan kerana ia ditanyakan oleh rakyat ke mana saja beliau pergi. Ditanya sama ada beliau sudah bertemu dengan Dr Mahathir sejak krisis semalam terdedah, jawapan Mukhriz ialah: "Saya belum bercakap dengan beliau lagi."



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *