Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon dan pasangan adik beradik Umie Aida dan Erma Fatima begitu yakin dan selamba terjun setinggi 14 ribu kaki dari udara.
Aktiviti lasak dan mainstream itu mereka lakukan di salah sebuah tempat di Picton, Sydney Australia yang dikenali sebagai sky dive.
Keberaniannnya itu antara cara untuk mencabar diri sendiri adakah mereka takut kepada ketinggian atau pun tidak.
Namun mereka berjaya lakukan dan segala gambar terjunan itu dikongsikan menerusi IG kedua-dua pelakon ini.
Syabas buat mereka, kerana tak semua orang berani untuk lakukan Sky Dive bersama pakar terjun yang terlatih.
Anda berani? Kalau berani cubalah, pasti memberikan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang hidup anda.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 6 Jan 2016
No comments:
Post a Comment