Recent Post

Wednesday, January 06, 2016

Kanak-kanak di Madaya Makan Daun Strawberry Untuk Teruskan Hidup


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pada pagi Ahad, seorang wanita mengandung dan anak perempuannya cuba melarikan diri dari Madaya, sebuah perkampungan di gunung yang diliputi salji di barat daya Syria.

Setibanya mereka di pinggir pekan, seseorang terpijak periuk api menyebabkan letupan yang kuat kedengaran. Disebabkan bunyi kuat itu, pertempuran berlaku dan mereka maut disebalik tembak-menembak dan letupan yang berlaku.

Cubaan melarikan seperti ini - sebagaimana yang dilaporkan oleh sumber Vice News dan penduduk tempatan - menjadi semakin biasa di Madaya, sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang yang telah terkepung sejak julai oleh Tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya, Hezbullah.

Pada bulan lepas sahaja, 31 dari penduduk meninggal dunia akibat kebuluran, atau dari cubaan melarikan diri daripada kawalan Hezbollah yang mengepung bandar tersebut. Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Syrian-American Medical Society, harga bagi satu ki logram gandum kini dijual pada harga sekitar $100 (RM420) walhal rata-rata penduduk Syria berpendapatan kurang dari $200(RM840) sebulan.

"Saya makan daun strawberri untuk makan malam hari ni", kata Rajai(bukan nama sebenar), 26, seorang guru matematik dan bahasa inggeris di Madaya yang bercakap kepada Vice News menerusi panggilan telefon.

Rajai tidak mahu nama sebenarnya didedahkan atas sebab keselamatan.

"Saya sudah tidak menjamah makanan sebenar selama tiga bulan.", katanya.

Sejak pengepungan bermula pada Julai lalu, berat Rajai telah susut sebanyak 22kg.

"Kanak-kanak disini kini memakan dedaun dari pokok-pokok, dan yang tua serta yang muda semakin ramai mati", katanya.

Menurut Rajai, rejim Assad sedang menghukum kampungnya kerana turut serta dalam pemberontakan Syria pada 2011.

Laman web GlobalVoices pula melaporkan keadaan yang lebih teruk. Menurut laporan itu, penduduk di Madaya bukan sahaja memakan daun, malah turut memakan serangga da n juga kucing untuk meneruskan hidup.

Semakin gambar keadaan-keadaan sebenar penduduk di Madaya yang telah dimuat naik oleh aktivis di media sosial selepas apa yang terjadi.

Facebook page bantuan Syria, Hand in Hand For Syria menulis :

"Kebanyakan gambar yang diambil dari pekan kecil di Madaya (di pendalaman Damascus) terlalu menakutkan untuk dikongsi. Gambar-gambar mengejutkan itu antaranya memaparkan; manusia yang hanya tinggal tengkorak - dengan mata terbenam ke dalam dan tulang rusuk yang tersembur keluar; menunggu masa ajal menjemput Sejak enam bulan lepas, penduduk Madaya telah hidup dalam kepungan. Tanaman dan bekalan makanan semakin berkurangan. Baki makanan di bandar menjadi begitu mahal sehingga orang-orang biasa tidak mampu membeli makanan untuk dimakan. Mereka bermula dengan memasak tanaman. Apabila tanaman sudah habis, mereka memasak rumput dan pokok..selepas itu serangga. Apabila kekurangan zat makanan yang terlampau, mereka mula memakan kucing. Kucin g. "

Apa yang berlaku di Madaya semakin mendapat perhatian dunia, apabila #madaya di Twitter menjadi semakin popular. - Siakapkeli.my

— Raed Bourhan (@raedbrh) January 5, 2016 — Raed Bourhan (@raedbrh) January 5, 2016 — Raed Bourhan (@raedbrh) December 27, 2015 — Elizabeth Tsurkov (@Elizrael) January 4, 2016



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *