Recent Post

Wednesday, January 06, 2016

'Siapa Yang Tulis Karangan Ini?'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang guru memeriksa kerja sekolah anak muridnya selepas selesai makan malam. Sementara itu, suaminya pula sibuk bermain game kegemarannya di smartphone, Candy Crush Saga.  Bila terbaca perenggan terakhir karangan seorang pelajarnya, si isteri tiba-tiba mengalirkan air matanya. Si suami yang melihat isterinya begitu terus bertanya, "Kenapa awak menangis? Apa yang berlaku?".  "Semalam, saya beri kerja rumah pada pelajar saya kelas 1 Standard, tulis sebuah karangan pendek yang berkaitan dengan 'Impian Saya'," jelasnya.  "Okay, tetapi kenapa awak menangis?" soal lelaki itu lagi.  "Tadi, bila terbaca nota terakhir karangan seorang pelajar ini membuatkan saya menangis," kata wanita itu. "Apa yang dia tulis sehingga membuatkan awak menangis?" soal suaminya yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui punca isterinya menangis. "Dengar, saya bacakan karangannya; Impian saya menjadi sebuah smartphone.Ibu bapa saya sangat gemar dengan smartphone mereka. Mereka sangat menjaga smartphone mereka sehingga terlupa untuk menjaga/mempedulikan saya. Bila ayah pulang dari kerja, dia kepenatan. Namun dia ada masa untuk diluangkan bersama smartphone, tidak dengan saya.Apabila ibu bapa saya sedang sibuk dengan urusan kerja mereka yang penting dan smartphone mereka berdering, dengan sepantas kilat mereka menjawab panggilan itu. Tetapi tidak dengan saya walaupun saya menangis.Mereka bermain game melalui smartphone, tetapi tidak dengan saya. Apabila mereka bercakap dengan seseorang dalam smartphone, mereka tidak akan mempedulikan saya walaupun saya ingin memberitahu perkara yang penting.Jadi, saya berimpian untuk menjadi smartphone. Selepas mendengar karangan yang dibaca oleh isterinya itu, lalu dia bertanya, "Siapa yang tulis karangan ini?"  "Anak kita bang," jawab isterinya menangis teresak-esak. Gajet adalah teknologi untuk memudahkan manusia, bukan untuk mengurangkan perhatian atau kasih sayang pada keluarga. Kanak-kanak melihat dan merasa apa yang berlaku di sekeliling mereka. Setiap apa berlaku terutamanya yang negatif pasti akan memberikan kesan jangka lama pada diri mereka. Marilah kita ambil iktibar dari kisah ini agar anak-anak tidak membesar tanpa kurangnya perhatian dan kasih sayang. Sayangilah anak-anak kita lebih dari smartphone kerana smartphone boleh diganti tetapi anak-anak kita tidak ternilai harganya. - Slyvester Ngau Juk | Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *