Recent Post

Thursday, February 18, 2016

2 sarjan polis ditahan SPRM NS disyaki terima rasuah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua anggota polis dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang suspek berhubung kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua sarjan polis berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran di Temiang di Seremban pada 7.30 petang semalam.

"Kedua-dua mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ditahan selepas pengadu yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan membuat aduan bahawa anggota polis terbabit meminta RM2,800, sebelum dia menyerahkan RM500.

"Mereka disyaki meminta dan menerima wang daripada pengadu untuk menukar keputusan ujian daripada Jabatan Kimia kepada negatif ke atas sampel dadah," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *