Recent Post

Thursday, February 18, 2016

Saintis wanita Malaysia antara buktikan teori Albert Einstein - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Saintis wanita Malaysia antara buktikan teori Albert Einstein

18/02/2016 12:19am

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita Malaysia merupakan antara dalam kumpulan saintis antarabangsa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti.

Pelajar wanita tersebut, Hafizah Noor Isa yang berasal dari Machang, Kelantan ialah bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Hafizah, seorang calon PhD di University of Glasgow dan turut merupakan ahli Institut Graviti Penyelidikan di universiti itu telah menyumbang kepada kertas saintifik 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger'.

Penemuan kumpulan saintis itu dipercayai menjadi berita utama media antarabangsa pada minggu lalu.

Pencapaian berkenaan turut telah meraih kepujian daripada ahli akademik Malaysia, termasuk profesor fizik Universiti Putra Malaysia (UPM), Hishamuddin Zainuddin yang telah berkongsi petikan daripada kertas saintifik itu dalam laman Facebooknya. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *