Recent Post

Thursday, February 18, 2016

Yatt Hamzah Bakal Nikah Jejaka Bujang Lebih Muda 10 Tahun


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon Yatt atau Haryati Hamzah, 36, bakal berkahwin kali kedua dengan seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, pada 27 Februari ini.

Memetik laporan BH online, Yatt bakal melangsungkan pernikahannya sekitar jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam.

Difahamkan tiada majlis persandingan, sebaliknya hanya jamuan makan pada tengah hari yang sama, bersempena sambutan ulang tahun hari lahir keenam anak tunggalnya, Suci Hanania Malika.

Sementara itu, Yatt telah menafikan Zulfadhli menjadi punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Kata Yatt lagi, dia dan bakal suaminya itu sudah lama saling mengenali tetapi selama ini mereka sebagai sahabat dan rakan sekerja. 

Hubungannya dengan jejaka itu semakin rapat selepas dia berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapanya pada 15 November lalu.

Yatt memaklumkan, dia mengundang bekas suami ke majlis pernikahannya nanti. Malah, katanya, Suci juga menerima bakal suaminya dengan baik.

Yatt dan Abdul Mutalib bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Sumber: BH Online

Oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada 18 Februari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *