Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Single yang dijangka bakal dilancarkan pada Mac depan itu turut mendapat sentuhan Audi Mok dan Mike Chan sebagai penggubah lagu.
"Saya ada menulis lirik dalam bahasa Melayu untuk single terbaru saya. Saya anggap ini percubaan pertama saya kerana saya akui saya sendiri belum fasih dalam Bahasa Melayu.
"Saya harap percubaan ini menjadi dan lagu itu diterima dan disukai ramai," kata penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock itu.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth juga bakal merakamkan sebuah single duet bersama penyanyi Indonesia, Kunto Aji untuk pasaran di negara itu."Tidak lama lagi saya akan merakamkan single duet saya bersama Kunto Aji di Indonesia. Selain memfokuskan karier di Malaysia, saya juga ingin mencuba nasib di sana.
"Jadi single duet berkenaan adalah percubaan menembusi pasaran di sana," katanya lagi.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada 11 Februari 2016
No comments:
Post a Comment