Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon Nad Zainal yang sebelum ini telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 18 Disember tahun yang lalu berasa kecewa kerana apa yang diimpikan tidak kesampaian.
Petanda sakit kepala yang dialami oleh Nad Zainal bukanlah disebabkan oleh kehamilan tetapi itu adalah kesan sampingan daripada produk kecantikan sendiri.
Menurut Nad Zainal, dia sangat mengharapkan untuk hamil awal tetapi namum rezeki belum berpihak kepadanya. Walaupun agak sedikit kecewa namum Nad redha dengan ketentuan Allah.
"Ada rasa kecewa kerana saya sangka itu adalah petanda awal kehamilan. Tetapi, saya tetap positif."
"Menjadi ibu memang harapan semua wanita yang berkahwin. Tetapi mungkin belum rezeki saya lagi."
Malah, Nad mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu dan mengenai kejadian tersebut, suaminya, Muhammad Faliq Amirudin tidak begitu kecewa bahkan dia merasakan masih terlalu awal untuk mereka untuk memperolehi cahaya mata.
"Suami pun tidak begitu kecewa. Lagipun dia kata masih awal lagi dan baharu sebulan kami berkahwin."
Apabila berbicara mengenai produk kecantikan terbarunya itu, Nad mula melakukan penyelidikan dan mencari orang yang mampu merealisasikan produk kecantikan seperti yang dimahukan selama setahun ini.
"Kalau guna produk orang, belum tentu mampu memenuhi kehendak saya. Itu yang saya buat produk sendiri."
"Lagipun saya memang suka berniaga selain daripada berlakon. Saya rasa puas apabila melihat orang membeli dan mendapat manfaat hasil daripada produk saya."
Produk kecantikan keluaran Nad Zainal akan mula dipasarkan pada bulan Mac nanti. Semoga perniagaan Nad ini akan berkembang maju.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,447 total views, 2,447 views today
No comments:
Post a Comment