Recent Post

Thursday, February 11, 2016

Perhilitan siasat kes lelaki ketuk taring harimau maut dilanggar di LPT2


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jabatan Perhilitan Terengganu akan memanggil semua individu yang berada di lokasi seekor harimau jenis 'Malayan tiger' maut dilanggar kenderaan ketika melintas di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin ia bagi membantu siasatan selepas tersebarnya gambar seorang lelaki sedang mengetuk taring harimau dengan penukul di Facebook.

"Kita akan panggil pemandu dan semua orang yang ada ketika kejadian tersebut bagi membantu siasatan," katanya sambil menambah jumlah haiwan tersebut kini hanya tinggal 250 ekor sahaja.

Menurut Mohd Husin, ia boleh disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2000 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika didapati bersalah.

Manakala pemandu kenderaan yang melanggar harimau tersebut, Mohd Syahrin Abdul Aziz beliau akan memberikan kerjasama kepada pihak berwajib dalam menyiasat perkara ini.

"Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada pihak berwajib mengenai perkara ini dan sudi berjumpa dengan mereka," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *