Recent Post

Friday, February 12, 2016

Peguam Negara perjelas sebab gugur tuduhan menghas... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 12 Februari 2016 Pejabat Peguam Negara menarik balik tuduhan menghasut terhadap Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, dua tahun lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan pendakwaan secara adil dan saksama.

Katanya, mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara Malaysia selaku Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi, yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Dalam menjalankan fungsi ini mengikut undang-undang, amalan mengkaji semula kes-kes jenayah sudah yang dipertuduhkan di Mahkamah akan diteruskan.

"Tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 pernah dilakukan dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Azmi yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini, jam 12.30 tengah hari, pada 15 Ogos 2014.-12/2/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *