Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kalau anda pendengar setia Hot Fm pasti anda akan kenal dengan salah seorang penyampainya iaitu Haziq. Menurut laporan BH ONLINE, Haziq bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita berasal dari Medan, Indonesia pada bulan Julai depan.
Buat Haziq, jarak beribu batu bukanlah satu penghalang untuk beliau dan Ayunda Putri mengecapi kebahagiaan.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami dapat membuktikan tidak semua hubungan cinta jarak jauh kecundang di tengah jalan. Biarpun terpisah beribu batu, apa yang paling penting adalah kepercayaan dalam hubungan.
Ada pihak mempertikaikan keputusan saya mendirikan rumah tangga ketika kerjaya penyampai radio baharu bermula, tetapi saya pasti jodoh dan rezeki Allah sudah tertulis dengan sebaik-baiknya.
Tiada bibit cinta antara kami kerana daripada sahabat karib, saya menyuarakan hasrat untuk melamar Putri menjadi isteri. Syukur kerana niat suci saya diterima Putri, yang turut berkongsi perasan sama.
Malah, tunangnya itu cukup memahami kerjaya beliau sebagai penyampai radio yang cukup sibuk jadualnya. Haziq dan Ayunda mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Tahniah kepada Haziq Hot Fm dan tunangnya. Semoga segala perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Ingatlah sentiasa bersabar ketika dalam tempoh pertunangan kerana akan ada ujian yang datang bagi menguji kasih sayang .
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment