Recent Post

Sunday, February 21, 2016

Ulasan Filem BoboiBoy The Movie


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Hari ni memang terbaek! Budiey.com bawa 20 pemenang bertuah yang terpilih untuk menonton tayangan gala filem animasi hebat "BoboiBoy The Movie". Kesemua pemenang yang terpilih sangat gembira dan bagi feedback positif untuk filem ini. Turut bersama pasangan selebriti Salma Mentor dan Azri AF9 berserta anak anak.

BoboiBoy The Movie memang lain dari siri di tv. Jalan ceritanya tidak lagi berkisar tentang misi si makhluk asing Adu du dan Probenya untuk mendapatkan formula serbuk koko Tok Aba.

Kali ni plot ceritanya dikembangkan lagi dimana Ochobot, sfera kuasa yang bersahabat baik dengan BoboiBoy telah diculik oleh penjahat galaksi.

Dari situ bermulalah pengembaraan Boboiboy berserta kawan kawannya Gopal, Yaya, Ying, Fang dan Papa Zola ke sebuah pulau misteri demi untuk menyelamatkan dan melindungi rakan robot mereka.

Bagaikan filem adiwira sebenar! Kisah heroik ini juga sarat dengan jenaka serta aksi yang hebat dan mendebarkan. Lebih hebat apabila kuasa Boboiboy bukan lagi Kuasa 3…. Oppppps! Tak mahu bikin spoiler. Nak tahu kene datang tonton sendiri filem ini . Katanya dalam trailer filem ini ada penampilan istimewa Fafau dan AG Hot FM serta kumpulan Bunkface.

Secara peribadi, saya amat kagum dengan filem animasi ini. Bukan sahaja setanding filem animasi luar bahkan boleh saya katakan above the par! Tahniah diucapkan pada Animonsta Studio kerana berjaya menghasilkan filem ini. Sungguh tak sangka kreativiti animator tempatan amat membanggakan. ⭐⭐⭐⭐⭐/5.

Pada anda semua. Jom saksikan filem animasi Malaysia "Boboiboy The Movie" yang bakal ditayangkan pada 03.03.2016.

Jom saya kongsikan beberapa foto sekitar berlansungnya tayangan gala filem ini siang tadi di GSC Pavillion. Terima kasih pada Animonsta Studios dan Primeworks Studios serta Grand Brilliance kerana menjemput kami pada hari ini.

Ulasan ini dtulis dari mata pena Cyrill Hassan yang hadir bersama 20 orang pemenang dari Budiey.com.

Filem BoboiBoy The Movie Poster

Komen via Facebook

Komen

— 218 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *