Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Meskipun baru berusia 26 tahun, tetapi Neelofa sudah untung besar apabila empayar perniagaan tudungnya (Naelofar Hijab), mengaut keuntungan sebanyak RM50 juta pada 2015. Fakta ini bukan auta, tetapi ia didedahkan oleh BBC News hujung tahun lalu.
Ikhlasnya, keuntungan RM50 juta merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa bagi seorang peniaga amatur seperti Neelofa.
Bila media menggelarkannya jutawan baru, Neelofa yang lebih mesra dengan panggilan Lofa, hanya tersenyum dan malu-malu. Katanya, gelaran jutawan yang diberikan masyarakat kepadanya diambil sebagai satu doa untuk menjadikan dia insan yang lebih berjaya dari semasa ke semasa.
"Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan ia berpu nca hasil kerja titik peluh saya dan keluarga. Ia takkan berlaku hanya jika saya seorang yang melakukannya.
"Pada masa yang sama, saya ingin bisnes ini terus berkembang dan kukuh sehingga berjaya menembus pasaran antarabangsa. Saya yakin dengan sokongan pelbagai pihak, Naelofar Hijab akan terus berkembang sebagai jenama yang menjadi fenomena di dalam dan luar negara.
"Apapun, saya harapkan dengan kejayaan yang dipinjamkan Allah SWT hari ini tidak membuatkan diri alpa tentang siapa saya sebelum ini. Saya masih Neelofa yang sama pernah kalian kenal sejak enam tahun lalu," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Persoalannya sekarang, mampukah Lofa mengikut jejak Dato' Seri Vida yang terkenal dengan kejayaannya dalam bisnes ? Ikhlasnya, tiada yang mustahil jika kita rajin berusaha. Tak gitu?
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment