Recent Post

Monday, March 07, 2016

Fareez Juara Mentor Milenia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Okay, pertama sekali Budiey nak katakan, tak sangka pulak Fareez akan jadi juara. Serius tak sangka. Ramalan Budiey nampaknya tak benar-benar belaka. Qody di tempat kedua dan Wanie di tempat ke-3. Itulah keputusan dan suratan takdirnya.

Ya, semalam, kepada yang menonton program realiti Mentor Milenia telah menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama dinobatkan sebagai juara pada persaingan akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Tahniah Fareez. Semalam, Budiey sempat menemubual bapa Fareez iaitu Fauzi Nawawi sejurus selepas sidang media.

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap.

Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga.

Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional, 20 peratus juri awam manakala undian peminat menerusi laman sesawang mewakili 30 peratus.

Terdahulu, dua pesaing iaitu protege Akim dan Azlan & The Typewriter terhenti langkah pada persaingan separuh akhir, Ahad lalu.

Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *