Recent Post

Monday, March 07, 2016

Good Meowning Café Miliki Kucing RM10 Ribu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Cat café atau kafe kucing semakin menjadi perhatian ramai untuk lepak minum dan makan sambil bermain-main dengan kucing yang comel.

Lebih-lebih lagi bagi pencinta kucing yang sejati, mereka sanggup  melepak di kafe itu demi meluangkan masa bersama kucing-kucing tersebut.

Begitu juga dengan Good Meowning Café. Dengan sekejap saja, ia telah menjadi tumpuan ramai terutama bagi pencinta kucing.  Tapi kalau korang nak tahu, di kafe ini mempunyai kucing baka British Short Hair yang harganya cecah RM10 ribu.

 

Menurut pemilik kafe ini, Nor Aziyah Mansor, kucingnya itu dibeli ketika masih kecil dan ia sememangnya menjadi satu tarikan buat pengunjung yang datang ke kafenya itu.

Selain baka British Short Hair, ada juga kucing jalanan yang diambil dan dijaga dengan baik. Sekiranya dihitung, dia memiliki kira-kira 10 ekor kucing pelbagai jenis rupa, warna dan bulu yang menjadi signifikan kepada kafe yang diusahakannya itu.

 

Dari segi makanan dan minuman, ia dijual pada harga yang amat berpatutan. Penulis boleh cadangkan kepada korang, please cuba Nasi Lemak Meowveles yang sangat berlemak serta bentuk yang comel seperti bentuk kucing.

 

Selain nasi lemak terdapat juga spageti yang menjadi kesukaan ramai iaitu Spageti Baguih dan Spageti Ariffia. Spageti Baguih merupakan campuran dada ayam yang digaul dengan sos tomatao dan cili berserta dengan lada kecil untuk tingkatkan lagi rasa pedasnya.

 

Manakala Spageti Ariffia, ia adalah campuran cheese berserta dengan cili padi dan daging ayam yang dicincang halus. Rasanya wowww!! Amat pedas dan sesuai buat korang yang sukakan makanan yang 'kick'.

 

Jadi, kepada mereka yang belum sampai ke Good Meowning Café korang dialu-alukan untuk datang. Kalau nak tengok kucing secara dekat, kena bayar dalam RM5-10 untuk tempoh waktu tertentu.

 

 

Jangan lupa muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan pelbagai resepi dan fungsi baru. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir

Artikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 7 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *