Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
7 Shares
Share
Share
Share
Pelakon Bollywood, Salman Khan memang tidak asing lagi dengan kontroversi panas. Malah, sebelum ini Salman Diberi 'Amaran' Perundangan. Bahkan, Salman juga pernah Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun!
Siapa sangka usia Salman kini hampir mencecah 50 tahun. Disebabkan itu, keluarganya mendesak supaya berkahwin dengan wanita pilihan keluarga.
Menurut portal hiburan, ibu bapa Salman, Salim dan Salma Khan, mahu anak bujang mereka membuat keputusan mengenai mengahwini teman wanitanya, Iulia Vantur, dari Romania menjelang April ini dan tidak menangguhkannya lagi.
Bahkan, Salman turut mengatakan bahawa dia enggan berkahwin lagi disebabkan isu perbicaraan mahkamah masih belum selesai.
"Setiap kali ibu bapanya menimbulkan soal kahwin, Salman akan mengelak dan bertanya, 'Apa yang perlu saya beritahu kepada isteri saya jika mahkamah menghukum saya? Apa yang perlu beritahu kepada anak kami? Bapanya dalam penjara?"
Walaupun kes pemburuan haram spesies rusa jarang ditemui masih belum selesai, penghakiman memberi kata putus mengenai kes langgar lari pada 2002 memberikan kelegaan kepada aktor berkenaan.
"Kini keputusan mahkamah menyebelahinya, jalan terbuka luas untuk perkahwinannya," laporan DNA memetik sumber sebagai berkata.
Apapun, semoga majlis perkahwinan Salman akan berjalan dengan lancar nanti.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment