Recent Post

Friday, March 04, 2016

Malindo Air lancar penerbangan ke Lahore - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Malindo Air lancar penerbangan ke Lahore

03/03/2016 10:26pm

KUALA LUMPUR - Malindo Air, yang melancarkan penerbangan Lahore-Kuala Lumpur hari ini, menjadi satu-satunya syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia yang mempunyai penerbangan terus ke ibu kota wilayah Punjab, Pakistan.

Menurut Malindo Air, penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore, pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

"Syarikat turut menawarkan tambang pengenalan serendah RM759 bagi kelas ekonomi dan RM1,849 bagi kelas perniagaan, sehala termasuk semua," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tempahan boleh dibuat melalui malindoair.com atau mobile.malindoair.com bagi peranti telefon bimbit pintar, atau aplikasi Malindo Air yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store.

"Bersandarkan promosi global Melawat Malaysia yang kami laksanakan bersama-sama Tourism Malaysia, kami yakin perkhidmatan baharu ini akan merangsang jumlah kehadiran pengembara perniagaan dan percutian dari Pakistan ke Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *