Recent Post

Friday, March 25, 2016

Janna Nick Dedah Menang Anugerah Beri Tekanan Terhadap Dirinya??


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Beberapa hari lepas telah berlangsung Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 yang telah menobatkan drama Kau Aku Kita sebagai drama terbaik tahun ini.

Menerusi drama itu, Janna Nick selaku pelakon utama telah terpilih sebagai Aktres Pilihan dan pada masa yang sama telah menaikkan namanya dalam industri seni ini.

BACA: Menang Anugerah, Janna Nick Dedah Tidak 'Demand' Tentang Bayaran!

Janna 2

Namun, bagi Janna menang anugerah memberi tekanan terhadap dirinya kerana dia perlu memberikan lakonan yang lebih baik. Malah, dia juga bimbang jika tidak dapat memenuhi tuntutan peminatnya untuk memberikan pencapaian lebih bagus pada masa depan.

"Kemenangan ini adalah cabaran lebih besar supaya saya terus berusaha menjadi lebih baik.

"Secara tidak langsung perasaan saya menjadi takut, saya bimbang akan menghampakan peminat selain khuatir tidak dapat memberi lakonan terbaik," ujarnya kepada mStar Online.

Janna Cover

Bukan sahaja memenangi Aktres Pilihan, Janna juga terpilih sebagai Pasangan Pilihan yang bergandingan dengan Saharul Ridzwan. Malah, Janna menegaskan bahawa dia tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sekarang dan mahu bekerja lebih keras lagi.

"Banyak lagi yang perlu saya belajar dan kalau boleh saya tidak mahu nama saya hanya menang satu anugerah sahaja dan selepas itu senyap.

"Saya akan terus mencari jalan untuk meletakkan nama saya seiring dengan nama-nama besar dalam industri satu hari nanti," ujarnya.

Syarul Ridzwan 2

Apapun, usaha Janna selama ini berbaloi apabila bakat lakonan yang ada diiktiraf oleh industri. Semoga Janna terus berusaha keras untuk menjadi pelakon yang terbaik.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *